728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4405 ke paras tertinggi harian sekitar $1.4530, sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $1.4445; selepas Bank of England (BoE) dalam mesyuarat dasar semalam mengundi sebulat suara untuk mengekalkan kadar, sekaligus menghancurkan harapan dan spekulasi bahawa satu atau dua orang ahli jawatankuasa MPC mungkin mengundi untuk memihak kepada penurunan kadar.

Dalam laporan inflasi suku tahunan yang diterbitkan pada masa yang sama, Bank of England meningkatkan amaran mengenai risiko jika Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum bulan depan, dengan Sterling yang boleh jatuh mendadak dan pengangguran akan meningkat. Pound tidak dapat mengekalkan kenaikan selepas mesyuarat BoE semalam, selepas komen agresif dari Presiden Feds cawangan Boston Eric Rosengren.

Dalam ucapan yang disediakan, beliau berkata, Feds perlu menaikkan kadar jika data ekonomi bertambah baik seperti yang diharapkan. Beliau juga berkata pasaran sedang memandang rendah potensi kenaikan kadar Federal Reserve dan terlalu pesimis mengenai kekuatan ekonomi AS.  Dalam pada itu, sejak pilihan raya mengenai Brexit semakin hampir, kadar tukaran GBP/USD dijangka lebih cenderung untuk berdagang dalam julat rapat, sehingga terdapat bukti yang lebih kukuh untuk halatuju seterusnya.

telegram-moshed

Hari ini dua orang ahli jawatankuasa MPC Bank of England bakal berucap dalam dua majlis berbeza dan mereka dijangka memberikan pandangan masa depan ekonomi UK dan kesan ‘Brexit’. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tiga data ekonomi utama hari ini, dengan jualan runcit yang dijangka tidak berubah pada -0.3%, harga pengeluar yang dijangka meningkat dari -0.1% kepada 0.3% dan sentimen pengguna yang bertambah baik dari 89.0 mata kepada 89.9 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register