Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5245 ke serendah 1.5170, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah trader Pound berhadapan dengan komen daripada Gabenor Bank of England Mark Carney serta keputusan Brexit oleh Perdana Menteri David Cameron.

Gabungan BoE yang lebih negatif dan permulaan rasmi rundingan Brexit mungkin merubah lanskap dagangan bagi pair Pound.  Permintaan Pemimpin UK, termasuklah perlindungan perjanjian perdagangan bebas EU untuk negara-negara bukan Eropah, pengurangan dalam ‘kerenah birokrasi’ EU, pengecualian Britain daripada matlamat EU sebagai ‘kesatuan yang lebih akrab’ dan sekatan kepada manfaat dalam pekerjaan untuk pendatang dari dalam Kesatuan Eropah.

Tuntutan-tuntutan tersebut telah dianggap oleh  mereka yang pro ‘keluar EU’ sebagai ‘mengecewakan dan tiada cita-cita’; serta tindak balas di kalangan penganalisis menunjukkan tuntutan tersebut adalah agak mudah untuk dicapai.  Ahli ekonomi menganggarkan bahawa ‘Brexit’ boleh menyebabkan KDNK domestik menguncup sehingga 10%, dan prospek meningkat bahawa UK akan tetap menjadi ahli kelab EU; sekaligus akan mengukuhkan nilai Pound.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!