Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar melonjak lebih 65 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5375 sebelum menutup sekitar paras 1.5350; setelah jatuh pada hari Jumaat apabila data menunjukkan Britain dilanda satu defisit perdagangan yang lebih besar daripada jangkaan pada bulan Ogos; manakala pengeluaran pembinaan UK pula terkejut dengan kedua-dua ukuran tahunan dan bulanan yang tenggelam.

Data pembinaan UK yang turun 1.3% pada tahun ini, adalah perkara terbaru yang menimbulkan keraguan kepada kadar pemulihan ekonomi yang telah menimbulkan harapan, yang kini kian pudar, terhadap kenaikan kadar UK sekitar akhir tahun ini. Pasaran menjangkakan bank pusat UK tidak akan meningkatkan kadar 0.5% utamanya sehingga lewat 2016; dan keputusan BoE untuk mengekalkan kadar memang telah diramalkan oleh semua 41 ahli ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg.

Hari ini UK bakal melaporkan data berimpak tinggi CPI yang dijangka kekal pada 0% disamping hasil kajian BoE terhadap keadaan pasaran pinjaman UK.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari AS hari ini.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!