728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar yang menyusut lebih 70 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, kembali melonjak untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.4680, sebelum menutup lebih tinggi pada paras 1.4675, diatas pivot hari ini 1.4640 apabila Pound yang jatuh ke paras terendah dalam masa lima tahun, mendapat sokongan teknikal.

Menurut Jeremy Stretch, ketua strategi tukaran asing di Bank Perdagangan Imperial Kanada di London, Dollar bakal terus mendapat sokongan belian lantaran data ekonomi AS yang dijangka akan bertambah baik pada suku kedua berbanding dengan yang pertama.  Perniagaan British pula bimbang bahawa pilihan raya Mei ini boleh mencetuskan perubahan besar kepada sterling, apabila kos ‘hedging’ telah melonjak pada bulan lalu – dan sebarang perbincangan mengenai pembentukan kerajaan campuran boleh menolak ia lebih tinggi.

Sterling mencecah paras terendah dalam lima tahun berbanding dolar minggu ini, manakala harga opsyen mata wang yang tamat selepas pilihan raya 7 Mei, mencecah paras tertinggi. Sementara itu, bank-bank telah menaikkan bayaran untuk kontrak hadapan, merangkumi beberapa minggu dan bulan selepas pilihan raya, berikutan jangkaan tempoh panjang yang mungkin timbul, kesan daripada percaturan politik Britain.

Namun data menunjukkan ramai pelabur yang masih sebahagian besarnya tidak dilindungi terhadap mana-mana krisis selepas pilihan raya, dan penganalisis berkata ini boleh menyebabkan mereka terburu-buru untuk mendapatkan perlindungan apabila pilihan raya semakin hampir. “Pasaran seolah-olah masih terlalu leka,” kata Steve Barrow, ketua penyelidik mata wang G10 di Standard Bank.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register