Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar melonjak lebih 110 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.5240 sebelum menutup sekitar paras $1.5230; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada langkah Bank of England yang telah mengekalkan kadar, di tengah-tengah jangkaan bahawa inflasi akan kekal rendah terkesan dari kejatuhan baru dalam harga minyak dan pertumbuhan upah yang tidak banyak berubah.

Ahli-ahli anggota Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank of England, telah mengundi lapan kepada satu untuk mengekalkan kadar pada 0.5%, keputusan yang telah berada dalam pasaran sejak Mac 2009, dalam ulangan pengundi yang dilihat dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Berpegang kepada pendiriannya baru-baru ini, hanya Ian McCafferty yang mengundi untuk kenaikan kadar dari 0.5% kepada 0.75%. Kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan Bank of England akan menaikkan kadar pada suku kedua 2016, dan ramai yang melihat bahawa ahli-ahli MPC yang lain, tidak lama lagi akan menyertai McCafferty dalam mengundi untuk kenaikan kadar. Tetapi pasaran tidak meletakkan harapan tersebut sehingga sekitar bulan Ogos tahun depan.  Ini adalah kerana inflasi masih negatif untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Oktober lalu, jauh di bawah 2% yang disasarkan BoE.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register