728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar yang memacu naik lebih 75 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, merudum semula lebih 100 pips pada sepanjang sesi New York untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5480 sebelum menutup sekitar paras 1.5485; setelah pasaran bimbang tentang kemungkinan penularan krisis Grexit ke UK.

Pada masa yang sama, diperhatikan bahawa Dollar AS juga turun, sebahagian besarnya terima kasih kepada fakta rundingan antara Greece dan pemiutangnya yang dilihat sebagai halangan terakhir untuk mencegah Federal Reserve AS menaikkan “interest rate”. Ada kemungkinan yang baik, dimana Feds akan melakukannya lebih awal, dan bukannya lewat dan ini semestinya menjadikan para pelabur bimbang kerana kenaikan kos pinjaman.

Sterling telah jatuh ke paras satu bulan terendah awal minggu ini, apabila Dollar melonjak terkesan dari perbezaan pulangan bon, tetapi ia kemudian dirangsang oleh bajet British yang lebih fleksibel daripada jangkaan dan juga data perumahan yang teguh.  Hari ini, UK bakal melaporkan data inflasi dan Gabenor BoE Mark Carney juga dijangka berucap.  AS pula bakal melaporkan “retail sales” bulanan yang dijangka menurun dari 1.2% kepada 0.2% dan “core retail sales” yang juga dijangka menurun dari 1.0% kepada 0.7%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register