banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

Pound Dollar terus memacu naik lebih 175 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4435 sebelum menutup sekitar paras $1.4385; setelah Dollar AS terus lemah apabila sentimen pasaran mengatakan tiada kenaikan kadar AS sehingga Julai ini.  Pada masa yang sama, pungutan suara yang menyokong keahlian UK dalam EU dikekalkan, terus mendapat sokongan mengurangkan risiko ‘Brexit’.

Di pasaran UK, indeks FTSE 100 melonjak lebih 114 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 6,150 mata sebelum menutup sekitar paras 6,139 mata; setelah sentimen pasaran yang positif, mendorong pelabur untuk kembali ke pasaran ekuiti.  Di pasaran bon UK, kontrak GILTS untuk Jun jatuh ke paras terendah sekitar 119.61 mata – yang terendah sejak 29 Januari lalu, sekaligus menunjukkan pasaran yang berselera untuk mengambil risiko.

telegram-moshed

Di pasaran hadapan, ‘open-interest’ untuk Pound dilihat berkurang dari 264,439 kontrak pada 3 Mac kepada 130,939 kontrak pada 10 Mac, walaupun spekulator dilihat menambah kontrak jualan mereka dari 39,378 pada 1 Mac kepada 49,005 pada 8 Mac lalu.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK dan AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register