banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar yang jatuh lebih 110 pips pada sesi Asia, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5635, kembali memacu naik lebih 130 pips, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5745.  Pound yang menerima tamparan data buruk dari sektor pekerjaan awalnya, diselamatkan oleh data jualan runcit AS yang lebih mengecewakan.

Selasa lalu, Financial Times melaporkan pengeluaran industri UK meningkat diluar jangkaan pada 0.5% peratus sebulan, pertumbuhan paling kukuh sejak September selepas 0.1% pada bulan Februari. Walaupun dalam jangkaan, terdapat peningkatan bulan ke bulan sebanyak 4.9% dalam industri minyak dan gas pada bulan Mac. Ia adalah kadar yang paling cepat dalam masa setahun, apabila harga minyak mula pulih.

telegram-moshed

Semalam Rabu pula, Bank of England mengurangkan jangkaan pertumbuhan bagi tahun ini kepada penilaian median sebanyak 2.5%, turun daripada 2.9%. Laporan inflasi suku tahun, di mana bank menetapkan ramalan bagi pertumbuhan ekonomi dan inflasi, memberikan wawasan yang pertama ke dalam pemikiran BoE semasa mereka masuk bersedia untuk pilihan raya enam minggu lalu.

Gabenor Mark Carney berkata, beliau berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi akan memacu semula selepas suku pertama yang lembab. Perkembangan yang paling penting ialah ekonomi Euro-Zone yang sedang mula memulih, terkesan dari pakej rangsangan ekonomi terbesar dalam sejarah Eropah, yang hanya boleh menjadi satu perkara yang baik untuk UK.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register