banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar melonjak lebih 190 pips Selasa semalam, dari paras terendah sekitar 1.4605 sebelum menutup pada paras 1.4780, terkesan dari penjualan Dollar ekoran dari laporan “retail sales” Amerika Syarikat yang mengecewakan.  Pilihan raya UK terus menjejaskan Pound apabila tiada sebarang parti politik yang mendahului ketika ini dan “Producer price index” mengatasi jangkaan tetapi tidak menyokong pembelian lanjut.

“Consumer price index” UK pada bulan lepas dilaporkan stabil pada sifar, sekaligus meningkatkan pendapatan isi rumah sebelum pilihan raya 7 Mei ini.  Pejabat Statistik Kebangsaan berkata CPI meningkat 0.2 peratus di antara bulan Februari dan Mac, tetapi tiada perubahan berbanding dengan tahun sebelumnya, sejajar dengan ramalan ahli ekonomi.  Inflasi ini adalah yang terendah dalam sejarah sejak sekurang-kurangnya 1989, apabila perbandingan data mula dibuat.

telegram-moshed

Ini meletakkan inflasi jauh di bawah sasaran BoE sebanyak 2% dan beberapa ahli ekonomi berfikir Britain berisiko untuk mengalami kejatuhan inflasi ala-Jepun yang juga sedang mengancam zon euro.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register