728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

Pound Dollar susut lebih 110 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4090 sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.4155; setelah Bank of England tidak membuat sebarang perubahan dasar dalam mesyuarat MPC.  BoE mengekalkan kadar pada 0.5% dan pembelian aset juga dikekalkan pada £375 bilion dalam keputusan kadar semalam.

Pada masa yang sama, editor Sky Economics, Ed Conway menulis dalam twitter bahawa dia memahami “sekurang-kurangnya dua orang anggota MPC memandang undi untuk menurunkan kadar”, sambil menambah kepada spekulasi pasaran yang BoE berpandangan ‘dovish’.

Di pasaran UK, pasaran masih lagi memberikan reaksi kepada kenaikan angka inflasi domestik, yang dilaporkan pada paras tertinggi dalam masa 15 bulan. Walau bagaimanapun, ramai penganalisis meramalkan bahawa kebangkitan ini mungkin hanya sementara, memandangkan hakikat bahawa Referendum ‘Brexit’ masih ada 10 minggu lagi sebelum berlansung.

telegram-moshed

Pasaran global kini dihantui artikel yang beredar dalam tajuk-tajuk utama tentang amaran Tabung Kewangan Antarabangsa berkenaan perdebatan Brexit, yang mengatakan keluarnya British dari EU akan membawa risiko yang boleh menyebabkan “kerosakan global yang teruk” dan mengheret pertumbuhan ekonomi UK ke bawah untuk tahun-tahun yang akan datang.

Kebanyakan undian pendapat menunjukkan kempen yang sengit antara “Kekal” dan “Keluar” sebelum referendum pada 23 Jun ini, tetapi kaji selidik terbaru dari ICM mendapati sokongan untuk meninggalkan EU adalah pada 45%, 3% lebih daripada kempen untuk Britain kekal dalam EU. Tinjuan Reuters terbaru mengunjurkan Sterling akan jatuh 7% sekiranya ‘Brexit’ menjadi kenyataan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register