banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar terus memacu naik lebih 125 mata Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5270, sebelum menutup pada 1.5230; apabila Gabenor BoE Mark Carney dalam satu temuramah bersama BBC, mengatakan United Kingdom dan Eropah sedang berhadapan dengan dua keadaan yang berbeza.  “ECB bakal membeli bon-bon kerajaan bagi mendapat dana untuk menjana ekonomi mereka, sedangkan BoE berhasrat menaikkan “interest rate” walaupun ianya pada kadar sederhana dan terhad”, menurut beliau lagi.

Komen ini dilihat bakal menaikkan semula spekulasi pasaran terhadap kenaikan “interest rate” United Kingdom.  Pound yang telah meningkat naik lebih 200 mata sejak Jumaat lalu, dijangka mendapat permintaan baru lantaran komen Gabenor BoE itu.  Walau bagaimanapun, para pelabur sudah semestinya berhati-hati dengan memerhatikan data-data ekonomi dari United Kingdom yang boleh menyokong spekulasi tersebut.

Hari ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 294 ribu kepada 299 ribu pemohon dan tiada sebarang data ekonomi dari UK sehingga minggu depan.  Pasaran dijangka dalam dagangan “ranging” dan berhati-hati.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register