728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4360 ke setinggi $1.4445, sebelum menutup sekitar paras $1.4405; setelah minit mesyuarat dasar terkini Bank of England kurang negatif daripada yang dijangkakan. BoE berkata ramalan inflasi terbarunya kini kelihatan terlalu yakin, kerana sebahagian besarnya adalah kerana kejatuhan mendadak harga minyak.

Menurut minit MPC, majoriti pembuat dasar berkata kenaikan jangkaan inflasi akan menjadi “sedikit lebih beransur-ansur dalam tempoh terdekat, daripada ramalan dalam unjuran Inflasi dalam Laporan November Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)”. Turun naik dalam pasaran kewangan baru-baru ini juga menggariskan risiko pertumbuhan global, menurut minit mesyuarat. BoE juga menyatakan bahawa pertumbuhan gaji kekal terkawal, selepas angka-angka rasmi menunjukkan bahawa pertumbuhan upah perlahan kepada 2% pada bulan lepas.

telegram-moshed

Rancangan kerajaan UK untuk mengadakan referendum mengenai keahlian dalam Kesatuan Eropah mungkin bertanggungjawab terhadap kelemahan dalam Pound setakat ini. Pada masa yang sama, BoE mengekalkan kadar pada 0.5% semalam, di mana ianya telah berada sejak Mac 2009. Jawatankuasa dasar monetari (MPC) telah berpecah lapan-satu, dengan Ian McCafferty mengundi untuk kenaikan kadar.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register