banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar melonjak lebih 245 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5495 sebelum menutup sekitar paras 1.5475; setelah data menunjukkan kadar pengangguran di Britain tanpa dijangka jatuh ke tahap paling rendah sejak pertengahan tahun 2008, dalam tempoh tiga bulan hingga Ogos, walaupun pertumbuhan gaji lebih perlahan daripada yang dijangkakan.

Kadar pengangguran Britain jatuh kepada 5.4%, turun daripada 5.5% dan bilangan orang dalam pekerjaan melonjak sebanyak 140 ribu menolak kadar pekerjaan kepada 73.6% – yang tertinggi sejak rekod bermula pada tahun 1971.  Jumlah pendapatan pekerja – termasuk bonus – meningkat sebanyak 3.0%, naik tetapi sedikit jauh dari ramalan 3.1% dalam tinjauan Reuters.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sebelum daripada itu, Sterling lemah selepas laporan menunjukkan inflasi harga pengguna UK beralih kepada kadar tahunan sebanyak -0.1% pada bulan lepas, meleset dari jangkaan ahli ekonomi tetapi sepadan dengan rekod rendah pada April lalu. Menurut para penganalisis, ini boleh mendorong Bank of England untuk menahan kenaikan kadar dari paras terendah dalam sejarah kewangan UK.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register