Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar yang menyusut lebih 70 pips Rabu semalam, memacu naik kembali dari paras terendah harian sekitar 1.4700 sebelum menutup pada paras 1.4840 ekoran penjualan Dollar selepas Federal Reserve Amerika Syarikat mengumumkan “industrial output” yang jauh meleset dari jangkaan.

Walaupun terdapat banyak perlindungan nilai oleh institusi kewangan terhadap turun naik Pound sekitar pilihanraya pada 7 Mei yang masih belum ada pemenang jelas; nilai wajaran perdagangan Pound telah stabil selama hampir dua bulan dan lebih daripada 1% pada tahun ini.  Ini menunjukkan para pelabur, pengurus dana dan pedagang yang mula membeli apabila nilai tukaran GBP|USD jatuh.

Walau bagaimana heboh dan hebat kempen kedua-dua parti politik UK itu, Adam Myers, Ketua strategi FX di Credit Agricole Eropah berkata, bancian pendapat akan berpaling daripada calon Konservatif, Perdana Menteri David Cameron, yang secara tradisinya digemari oleh golongan haluan kanan di London.

Satu lagi isu yang berpotensi dan lebih kekal bagi Sterling, adalah prospek ekonomi Britain tanpa mengira bentuk kerajaan baru. Inflasi UK pada Selasa lalu dilaporkan pada sifar untuk dua bulan berturut-turut, manakala penunjuk harga lain meleset sedikit daripada yang dijangkakan; sekaligus mengendurkan spekulasi kenaikan “interest rate” UK kepada pertengahan tahun depan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register