728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Dec 2014

Mark Carney starts work as Bank of England governor in Dave Simonds cartoonPound Dollar menyusut lebih 120 mata Isnin semalam dari paras tertinggi harian sekitar 1.5745 selepas data inflasi tahunan UK hari ini dijangka mengurang kepada 1.2% dari 1.3% bulan lepas.  Data perumahan Britain Khamis lepas juga mula menunjukkan penguncupan apabila harga rumah meningkat pada kadar yang paling perlahan dalam setahun setengah pada 3 bulan yang lalu.  Ini menunjukkan pembeli yang kurang dan permintaan yang melemah.  Tambahan pula, Federal Reserve Amerika Syarikat dijangka lebih optimistik dalam kenyataan mesyuarat FOMC yang terakhir untuk 2014 Khamis ini.

“Inflasi di UK yang kekal pada paras terendah dalam masa 5 tahun, ditambah dengan kejatuhan harga minyak bakal menjadikan Bank of England lebis pessimistik dan ini jelas tidak baik untuk Pound” kata Nawaz Ali seorang penganalisa matawang di Western Union.  Walaupun secara umum inflasi yang rendah adalah baik untuk pengguna kerana kuasa membeli yang bertambah, ianya tidaklah suatu yang diharapkan oleh pasaran ekuiti dan perniagaan kerana itu bermakna kejatuhan pasaran dan harga barangan.

Hari ini, dengan beberapa data berimpak tinggi dari United Kingdom – “bank stress test results”, “consumer price index”, “core consumer price index”, dan juga ucapan dari Gabenor Carney; dan hanya 1 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat – “building permits” yang dijangka mengurang dari 1.08 juta kepada 1.06 juta; Pound Dollar dilihat sebagai pair utama yang bakal didagangkan hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register