Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Jumaat lepas; selepas tiada sebarang data berimpak tinggi dari United Kingdom dan ‘consumer sentimen index’ Amerika Syarikat dilaporkan pada 93.6 meleset dari jangkaan 98.1, menyebabkan pembeli-pembeli Dollar kehilangan minat untuk menambah belian baru.  Nilai tukaran GBP|USD yang telah meningkat lebih 420 pips sejak awal bulan, dengan paras tertinggi sekitar 1.5422, kini berdepan dengan kemungkinan para pelabur dan pengurus dana yang mula mengambil untung.

Komen Gabenor BoE Mark Carney minggu lepas, yang mengatakan kenaikan ‘interest rate’ dalam masa terdekat adalah mungkin; menyebabkan pasaran mula berbelah bagi antara ‘interest rate’ UK dan AS.  Ketika ini, “interest rate” UK adalah lebih baik dari AS iaitu 0.5% berbading 0.25% dan ini menyebabkan para pelabur mula berminat dengan strategy ‘carry trade’ sekiranya kata-kata Gabenor Carney menjadi kenyataan.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang bercuti sempena hari presiden; pasaran dijangka terus ‘ranging’ dengan para pedagang yang mula memberikan tumpuan awal, pada data-data ekonomi yang bakal dilaporkan oleh kedua-dua negara minggu ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!