728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5265 ke serendah 1.5185, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah Dollar AS kehilangan momentum apabila para trader mengambil untung jualan sebelumnya dan Pound dapat memegang teguh terkesan dari pasaran yang terus melihat data pekerjaan UK yang memberansangkan. Kebanyakan tajuk-tajuk utama kini memberi tumpuan kepada rundingan UK-EU.

Komen dari Perdana Menteri UK, David Cameron pada awal minggu lalu mencadangkan bahawa rundingan dengan negara-negara Eropah lain, yang bertujuan untuk mencapai hubungan yang lebih longgar dengan Brussels, tidak berjalan dengan baik.  Perdana Menteri British itu membayangkan bahawa jika pasukannya tidak mampu mendapatkan konsesi yang besar dari Eropah; maka parti Konservatif yang memerintah UK tidak semestinya menyokong kempen ‘kekal dalam EU’ dalam referendum Brexit yang mesti berlaku sebelum akhir 2017.

Ahli ekonomi menganggarkan bahawa ‘Brexit’ dari Kesatuan Eropah akan menyebabkan aktiviti ekonomi UK untuk merosot diantara 8 – 10% – satu keputusan yang akan menyaksikan kejatuhan nilai Sterling dalam pasaran mata wang.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register