728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5510 ke serendah 1.5415, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran di penuhi dengan aktiviti pengambilan untung sebelum bercuti hujung minggu.  Sebelum daripada itu, angka pengangguran UK telah membantu menghantar Pound Sterling lebih tinggi berbanding enam belas mata wang global yang paling aktif didagangkan.

Pada awal dagangan minggu ini, Pound telah merana berbanding matawang utama dunia berikutan penerbitan data inflasi terkini UK yang mendedahkan bahawa, buat kali kedua sejak 1960-an, harga dalam negeri telah menurun dalam tempoh dua belas bulan hingga September lalu.

telegram-moshed

telegram-moshed

Mentafsir angka dalam keadaan keseluruhan ekonomi UK dalam masa yang singkat, John Hawksworth seorang akauntan bertauliah dan penganalisis perniagaan dari Price WaterHouse Coopers berkata, ‘kita mungkin akan melihat beberapa kelembapan dalam pertumbuhan keseluruhan GDP UK pada suku ketiga; mencerminkan keadaan global yang tidak menentu, tetapi kesihatan pasaran pekerjaan terus menyokong pemulihan ekonomi domestik. ‘

Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan terdapat 31.12 juta orang di pelbagai tempat kerja, peningkatan sebanyak 140 ribu dalam masa tiga bulan hingga Ogos. Ini meningkatkan kadar pekerjaan kepada 73.6%, yang tertinggi sejak rekod perbandingan bermula pada tahun 1971. Pada masa yang sama, bilangan penganggur menurun sebanyak 79 ribu dan kadar pengangguran jatuh kepada 5.4%, mencecah tahap paling rendah sejak Mei 2008.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register