Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

Pound Dollar yang melonjak lebih 105 pips pada sesi pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4515, kembali merudum lebih 235 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4275, sebelum menutup sekitar paras $1.4300; setelah data inflasi pengguna UK dilaporkan stabil seperti jangkaan tetapi Indeks Harga Runcit tahunan dilaporkan meleset dari jangkaan, walaupun lebih baik dari tahun sebelumnya.

Di pasaran UK, keadaan tidak menentu semalam, dengan Pound berjuang untuk menambah kenaikan; tetapi gagal selepas sentimen pasaran kembali negatif dengan selera untuk aset berisiko kembali merudum, apabila ahli Majlis MPC Bank of England, Ian McCafferty berkata tekanan inflasi telah jatuh. Data dari Pejabat Statistik UK semalam menunjukkan bahawa, walaupun Indeks Harga Pengguna (CPI) adalah pada -0.8% dari bulan ke bulan, kadar inflasi tahunan meningkat kepada 0.3%, yang tertinggi sejak Januari 2015.

telegram-moshed

“Inflasi boleh terus perlahan-lahan naik, tetapi secara keseluruhannya ia masih kekal pada tahap yang sangat rendah. Selain itu, masih terdapat banyak faktor di luar sana yang mempunyai potensi untuk menyebabkan pasaran bimbang…antaranya referendum sama ada UK akan kekal dalam Kesatuan Eropah,” menurut Dennis de Jong, pengarah urusan di UFX.com.

telegram-moshed

Para pelabur dan trader berkata, pasaran UK menghadapi seminggu yang penting, menjelang Sidang kemuncak dua hari yang bermula Khamis esok, di mana Perdana Menteri Britain, David Cameron akan cuba untuk mencapai perjanjian bagi mengekalkan Britain dalam Kesatuan Eropah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register