Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mac 2016

Pound Dollar yang jatuh lebih 105 pips pada sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4050, memacu naik lebih 215 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4275, sebelum menutup sekitar paras $1.4255; setelah Dollar dijual apabila FOMC Feds AS memutuskan untuk mengurangkan jumlah jangkaan kenaikan kadar pada tahun ini dan mengekalkan kadar sedia ada.

Sebelum daripada itu, di pasaran UK, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK melaporkan bahawa kadar pengangguran stabil pada 5.1% dengan tuntutan bantuan pengangguran berkurang sebanyak 18,000 pemohon dan purata pendapatan meningkat dari 1.9% kepada 2.1%, berbanding jangkaan 2%. Data pekerjaan yang bertambah baik ini menunjukkan ekonomi UK yang semakin pulih walaupun agak perlahan.

Petang ini UK bakal melaporkan keputusan kadar dan kenyataan minit Monetary Policy Committee (MPC) terbaru.  Pasaran menjangkakan kadar akan dikekalkan sepanjang tahun ini berikutan kegawatan pasaran kewangan dan ketidaktentuan ekonomi global yang melanda baru-baru ini.  Malam nanti, AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 259 ribu kepada 267 ribu pemohon.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!