728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar susut lebih 50 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5180 sebelum menutup sekitar paras 1.5200; setelah Dollar AS melonjak kesan dari permintaan ‘safe-haven’ setelah Eropah dan UK melalui kebimbangan terhadap pengganas. Pound telah ditambat semula pada hari Jumaat, ekoran komen daripada pembuat dasar kanan Bank of England yang berkata, bahawa kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS tidak akan secara automatik membawa kepada tindak balas di Britain.

Di pasaran UK, dikatakan bahawa kecenderungan ke arah dasar yang agak longgar daripada BoE, disamping kebimbangan sekitar defisit akaun semasa Britain yang besar dan referendum yang dirancang untuk keahlian Kesatuan Eropah; telah menyebabkan beberapa bank utama menjual Sterling pada bulan lalu. Ada yang berkata bacaan data UK minggu ini akan terus melemahkan Sterling dengan lebih lanjut.

telegram-moshed

“Dengan inflasi keseluruhan yang dijangka kekal negatif dan jualan runcit yang jatuh di belakang angka yang memberansangkan pada bulan lalu, kami menjangkakan GBP yang sensitif terhadap data ekonomi UK akan terus lemah minggu ini,” menurut penganalisis daripada ING Bank dalam nota pagi kepada pelanggan mereka.  Hari ini UK bakal melaporkan inflasi tahunan yang dijangka kekal pada negatif 0.1%.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register