GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2015

0 6

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan julat turun naik dari paras tertinggi harian sekitar 1.5810 ke serendah 1.5700, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan sekitar paras 1.5725; setelah pasaran mula memberikan reaksi kepada penurunan jangkaan pertumbuhan ekonomi UK dan pandangan terhadap “interest rate” oleh Bank of England.

Terdahulu daripada itu, sterling mencecah paras 7 tahun tertinggi berbanding beberapa matawang utama, selepas data pekerjaan dan gaji yang kukuh dilaporkan pada Rabu lalu.¬†Ekonomi UK telah mengatasi sebahagian besar Eropah dalam tempoh dua tahun yang lalu, dan prospek untuk Britain akan menjadi yang pertama untuk mengikuti sebarang kenaikan “interest rate” AS telah menyokong sterling.

Dollar pula telah berada di bawah tekanan dalam beberapa minggu yang lalu, terseret oleh kebimbangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah mengalami lebih daripada ekonomi musim sejuk. Data jualan runcit untuk April yang mengecewakan pada hari Rabu, telah menguatkan pandangan bahawa Federal Reserve tidak mungkin akan menaikkan “interest rate” dengan tergesa-gesa.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa