Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar melonjak lebih 80 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5240 sebelum menutup sekitar paras 1.5210; setelah inflasi dan harga pengeluar UK datang tepat pada ramalan. Namun kekuatan Dollar AS terus mengekang Pound untuk terus berada di bawah tekanan.

Di pasaran UK, inflasi kekal di bawah sifar untuk bulan kedua pada Oktober, sekaligus melanjutkan jangka masa paling lemah dalam lebih daripada setengah abad.  Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS) berkata, harga pengguna menurun 0.1% daripada setahun yang lalu – sama dengan ramalan median ahli ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg. Itulah bacaan negatif ketiga tahun ini, dengan penurunan terkini yang sebahagian besarnya didorong oleh kos makanan dan pendidikan.  Namun, inflasi teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat kepada 1.1% daripada 1%.

telegram-moshed

Bank of England menjangka inflasi bakal kekal rendah ke dalam 2016, sebelum mencapai ke arah sasaran 2%. Gabenor BoE Mark Carney telah menekankan inflasi teras sebagai langkah penting bagi penggubal dasar, untuk menimbang bagi memulakan kenaikan kadar selepas mengekalkan ia pada rekod yang rendah untuk lebih daripada enam tahun.

Inflasi pengguna telah berada di bawah 1% sepanjang tahun ini dan kurang daripada 2% sejak akhir tahun 2013. Kali terakhir Britain menyaksikan tempoh penurunan harga yang berterusan, adalah pada tahun 1960, menurut sejarah data yang dibina oleh ONS.  Dalam ramalan yang diterbitkan bulan ini, BoE berkata inflasi mungkin mencapai sasaran pada akhir 2017 dan meningkat kepada 2.2% setahun kemudian.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register