GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Sep 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar terus memacu naik lebih 135 pips Khamis semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5625 sebelum menutup sekitar 1.5590; walaupun jualan runcit UK meleset dari jangkaan, kerana dolar AS yang lemah menghadkan penurunan Sterling. Gabenor Bank of England Mark Carney dan pegawai lain berucap di Parlimen Britain semalam. Berikut adalah ucapan Encik Carney tentang pertumbuhan ekonomi UK:

“Secara keseluruhannya ekonomi telah berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada trend semasa, dan seimbang … kami menjangkakan ianya akan terus begitu sepanjang unjuran kami.  Kekuatan berterusan Sterling adalah faktor penting dari segi evolusi harga dan tekanan ke atas inflasi pada jangka masa sederhana.”

Jualan runcit UK dilaporkan meningkat sebanyak 0.2% pada bulan Ogos, dibantu oleh jualan pakaian, terutamanya pakaian seragam sekolah, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS).  ONS berkata pakaian seragam sekolah meningkatkan jualan untuk kedai-kedai kecil, manakala “pertumbuhan dalam kedai-kedai besar datang dari jualan dalam talian”.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa