banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

Pound Dollar yang susut lebih 60 pips sepanjang sesi Asia, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4130, kembali memacu naik lebih 155 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4290 sepanjang sesi Eropah, sebelum menutup sekitar paras $1.4275; setelah pasaran memberikan reaksi dan terus memantau pungutan suara ‘Brexit’ dan masih tidak pasti apa yang dapat diharapkan menjelang undian pada 23 Jun ini.

Dalam pada itu, pasaran Forex UK menjadi lega setelah mendengar langkah positif terhadap pemeliharaan industri keluli UK, dengan 4,400 pekerjaan yang dijamin oleh perjanjian terbaru dalam industri, walaupun nasib Port Talbot dan aset syarikat Tata yang lain masih dalam persoalan. Walaupun Sterling bergerak melalui minggu lepas dalam dagangan yang rendah secara keseluruhan, ia telah berjaya mengatasi kelemahan tersebut semalam.

Walaupun sokongan belian membantu untuk menopang kejatuhan Sterling pada minggu lepas, trend asas masih terus menunjuk ke arah kejatuhan menjelang undian referendum keanggotaan UK dalam EU pada 23 Jun ini. Pada masa yang sama, data perdagangan UK tidak menjadi petanda baik bagi ekonomi UK pada masa hadapan, setelah penganalisis mengatakan ‘gambaran makro UK adalah bajet dan defisit perdagangan yang lebih besar daripada jangkaan pada awal 2016, dan juga sektor perindustrian yang semakin lemah.’

Memandangkan perbahasan ‘Brexit’ yang masih berterusan dan pemberat yang semakin meningkat dan menjadikan ekonomi domestik Britain tidak menentu pada bulan-bulan akan datang, Pound dijangka mengekalkan nada ‘dovish’.  Hari ini Gabenor Bank of England akan memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Ekonomi Britain, dan beliau mungkin memberikan pandangan terhadap masa depan ekonomi UK.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register