Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011Pound Dollar bangkit dari kejatuhan lebih 200 mata pada Rabu lalu, untuk didagangkan sekitar 1.5650 pada sesi petang dagangan London Khamis semalam, selepas data “retail sales” bulanan UK keluar jauh lebih baik dari jangkaan, 1.6% berbanding 0.3% Pada masa yang sama, “retail sales” tahunan meningkat sebanyak 6.4% berbanding 4.4% jangkaan dan 4.6% pada tahun sebelumnya – yang terbaik sejak pertengahan 2004.

Dengan persediaan untuk Krismas minggu depan, peningkatan jualan ini sudah dijangka walaupun tidaklah setinggi ini.  Peningkatan jualan peralatan elektronik meningkat 32% berbanding November tahun lepas.

Dengan undian Majlis MPC Bank of England yang tidak berubah, ini menunjukkan majoriti ahli majlis berpandangan inflasi yang rendah mewajarkan pengekalan “interest rate” sedia ada – 0.5% yang terendah dalam sejarah Britain.  Walau bagaimanapun, majlis MPC bersetuju mengekalkan pembelian aset pada 375 bilion Pound Sterling.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat, UK hanya mempunyai data berimpak sederhana untuk mempengaruhi pasaran.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!