728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar terus merudum lebih 100 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5745 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.5650; selepas para pelabur dan pengurus dana mula mengambil untung belian, selepas kenaikan lebih 1200 pips sejak pertengahan April lepas. Sterling meningkat kepada paras tertinggi dalam masa hampir enam bulan, selepas didorong oleh komen daripada Gabenor Bank of England Mark Carney yang berkata, bahawa “interest rate” mungkin akan lebih tinggi dalam tempoh setahun.

Ditanya dalam temubual dengan radio BBC, jika “interest rate” berkemungkinan lebih tinggi pada masa ini tahun depan, Carney berkata: “Ia adalah mungkin, tetapi ia bergantung kepada evolusi ekonomi ”. Beliau juga berkata kekuatan Sterling baru-baru ini boleh menjadi sedikit kekangan kepada pertumbuhan ekonomi, mengulangi komen yang dibuat pada Rabu lalu, apabila dia berkata mata wang yang kukuh juga memainkan peranan dalam menetapkan dasar monetari negara.

telegram-moshed

Hari ini UK bakal melaporkan data inflasi (CPI, RPI) dan index harga pengeluar (PPI); dimana CPI dijangka kekal pada 0% dan RPI dijangka kekal pada 0.9%.  PPI pula dijangka bertambah baik dari 0.3% kepada 0.8%  Malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “bulding permits” yang dijangka bertambah baik dari 1.04 juta kepada 1.06 juta, dan “housing starts” yang juga dijangka bertambah baik dari 930 ribu kepada 1.02 juta.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register