728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5485 ke serendah 1.5420, sebelum menutup sekitar paras 1.5435; setelah spekulasi berlegar di pasaran bahawa Federal Reserve AS terpaksa menunggu sehingga 2016, sebelum melaras kos pinjaman apabila kadar tahunan inflasi AS dicetak pada 0.0%.

Sungguhpun angka CPI teras AS betul-betul bangkit kepada 1.9%, hasilnya tidak cukup ceria untuk memacu Dolar Amerika dengan lebih jauh.  Namun angka sentimen pengguna, kajian University of Michigan yang begitu memberangsangkan, 92.1 berbanding jangkaan 88.8 dan 87.2 pada sebelumnya, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk Dolar.

telegram-moshed

telegram-moshed

Para pedagang kini menanti-nanti ucapan dari Gabenor Bank of England Mark Carney pada Selasa esok, bagi mendapatkan pandangan masa depan tentang kenaikan kadar UK. Ketika ini pasaran memfaktorkan kenaikan kadar pinjaman UK sekitar pertengahan tahun depan, selepas kenaikan kadar Federal Reserve AS.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Uk mahupun AS hari ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register