728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar yang meningkat lebih 55 pips pada awal sesi Asia, menjunam lebih 120 pips sebaik sahaja pasaran Eropah dibuka Rabu semalam, walaupun “manufacturing PMI” United Kingdom dilaporkan lebih baik dari jangkaan dan sebelumnya.  Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ dengan paras tertinggi sekitar 1.4870 dan terendah 1.4740 Rabu semalam.

Pasaran dikatakan mula memberi tumpuan kepada pilihanraya umum Mei ini dan Pound dijangka hanya akan kembali mendapat permintaan selepas itu.  Dalam satu bancian pendapat terbaru, sebelum parlimen Britain dibubarkan pada 7hb Mei ini, tiada satu parti pun mendapat pungutan suara majoriti; sekaligus membuka peluang untuk kerajaan campuran.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari United Kingdom, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran terutamanya jika data “unemployment claims” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Walau bagaimanapun, esok majoriti pasaran bercuti sempena ‘Good Friday’ dan NFP dijangka mengurang dari 295 ribu kepada 244 ribu tambahan pekerja.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register