Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar yang melonjak lebih 70 pip pada sesi Asia, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5125, jatuh semula pada sesi Eropah untuk ke paras terendah sekitar 1.5050, sebelum menutup sekitar paras 1.5080; setelah pasaran berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam. Pound meningkat apabila Markit melaporkan bahawa aktiviti pembuatan UK berkembang pada bulan lalu, sekaligus menunjukkan daya tahan ekonomi UK, walaupun kadar pertumbuhan tersebut menurun daripada kadar terpantas dalam tempoh 16 bulan sebelum daripada itu.

Mata wang UK telah ketinggalan di belakang Dollar pada bulan lalu, apabila para pelabur melahirkan keraguan jika BoE akan menaikkan kadar tidak lama lagi, selepas Federal Reserve AS dilihat akan mengorak langkah pada bulan ini. Gabenor Bank of England Mark Carney telah berkata bahawa permintaan domestik masih teguh, walaupun terdapat risiko dari luar UK, termasuk daripada turun naik dalam pasaran negara membangun.

telegram-moshed

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan PMI Pembinaan bagi bulan November yang dijangka merosot dari 58.8 pada Oktober kepada 58.4.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data pekerjaan sektor bukan perladangan dari ADP, yang dijangka bertambah dari 182 ribu kepada 191 ribu pekerjaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register