728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar berada dalam dagangan “ranging” Jumaat lepas, dengan pergerakan sekitar 100 pips, pada sekitar paras tertinggi 1.5095 dan terendah 1.4988, sebelum menutup diatas pivot mingguan sekitar 1.5050; selepas “consumer confidence” UK dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, mencapai paras yang tertinggi dalam masa 5 bulan, selepas jatuh dibawah kosong selama 5 bulan berturut-turut.

Di pasaran ekuiti, Index FTSE 100 UK menutup dibawah pivot mingguan Jumaat lepas, sekitar 6,732.7 dalam dagangan tipis minggu lepas, selepas memacu naik lebih 580 mata sepanjang 2 minggu sebelumnya.  Di pasaran AS pula, Index Dow Jones juga merudum lebih 550 mata, sekaligus menutup sekitar 17,185.50 dibawah pivot bulanan sekitar 17,692.50  Februari ini, Index Dow Jones bakal berdepan dengan “uptrendline support” di carta mingguan, dan sebarang penutupan dibawah 17,000 menandakan berakhirnya “bull run” selama lima tahun.

telegram-moshed

Hari ini UK bakal melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangka lebih baik, 52.8 berbanding 52.5 pada sebelumnya.  Pada masa yang sama, malam nanti AS pula akan melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangka stabil pada 55.5  Keadaan ini dilihat lebih memihak kepada Pound, walaupun pelabur dan pengurus dana dijangka lebih suka dengan strategi “sell-on-rally”.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register