728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar melonjak lebih 210 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4445 sebelum menutup sekitar paras $1.4430; setelah sektor pembuatan England dilaporkan lebih baik daripada jangkaan, mengikut indeks pengurus pembelian (PMI). Ini berlaku walaupun terdapat beberapa cabaran, termasuk hujan lebat dan banjir di kawasan di mana terdapat banyak kilang-kilang.

Di pasaran UK, Indeks PMI Pembuatan yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan Markit, dilaporkan pada 52.9 mata bagi bulan Januari berbanding jangkaan 51.6 mata dan 52.1 mata bagi bulan Disember. Bacaan tersebut yang merupakan paras tiga bulan tertinggi, masih selamat di dalam wilayah pertumbuhan, kerana sebarang bacaan di atas 50 mata, menunjukkan pertumbuhan. PMI pembuatan UK telah tergelincir sejak mencapai paras tertinggi untuk 2015, iaitu 55.5 mata pada bulan Oktober lalu.

telegram-moshed

PMI terkini menunjukkan kilang memberikan output pada kadar yang paling cepat sejak Jun 2014, yang diketuai oleh pengeluar barangan pengguna dan pelaburan. Menurut Markit pengeluaran tersebut dipimpin oleh pengeluar-pengeluar besar, dengan pertumbuhan yang “agak ringan” di kalangan syarikat-syarikat yang lebih kecil.  Hari ini UK akan melaporkan PMI Pembinaan yang dijangka menurun dari 57.8 mata kepada 57.6 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register