728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-0023

Pound Dollar terus melonjak untuk hari kedua, lebih 160 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5465 sebelum menutup sekitar paras 1.5425; setelah Bank of England mengatakan bahawa ia tidak akan perlu menunggu Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar sebelum ia bertindak demikian.  Ahli majlis MPC BoE bakal bertemu esok selasa dalam mesyuarat keputusan kadar UK.

Pada pertengahan 2014, selepas Gabenor BoE Mark Carney berkata bahawa kadar boleh meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan; Sterling meningkat kepada paras enam tahun tertinggi – sedikit di bawah $1.72 – tahap yang ketua strategi mata wang G10 Morgan Stanley Eropah, Ian Stannard, berkata Bank Pusat England itu tidak mahu lihat lagi.

telegram-moshed

“Bank of England tidak akan secara khusus menyebut mata wang dan mereka tidak akan khusus mengatakan mereka menunggu Feds, tetapi persepsi pasaran bahawa mereka akan menunggu Feds, kerana mereka tidak mahu Sterling pergi lebih tinggi, ” tambah Ian Stannard lagi.

Hari ini kedua-dua UK dan AS bakal melaporkan “manufacturing PMI” mereka.  Angka UK dijangka menurun dari 51.5 kepada 51.3 dan AS pula dijangka menurun dari 50.2 kepada 50.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register