Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar berada dalam dagangan “ranging” Isnin semalam, dengan pergerakan tidak sampai 70 mata, sebelum jatuh lagi ke serendah sekitar 1.5055 pada awal sesi Asia hari ni.  Nilai tukaran GBP|USD yang telah merudum lebih 2000 mata sepanjang 6 bulan yang lalu, menyebabkan ianya lebih murah untuk insitutsi-institusi pelaburan Amerika Syarikat memindahkan dana mereka ke United Kingdom.

Gabenor BoE, Mark Carney dalam satu kenyataan mengatakan, kos sara hidup rakyat dijangka lebih murah dengan kejatuhan harga minyak mentah yang menjadi nadi ekonomi dunia.  Komen beliau itu diberi sebaik sahaja Jabatan Statistik UK melaporkan inflasi menyusut dari 1% pada November kepada 0.5% pada December 2014 lalu – kadar yang terendah sejak tahun 2000.  Walau bagaimanapun, penurunan kadar inflasi, dipanggil juga deflasi, yang baik untuk rakyat ini, bukanlah sesuatu yang mutlak; kerana ia juga menunjukkan penurunan aktiviti ekonomi kerana permintaan yang mengurang.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.  Sebarang kenaikan nilai tukaran GBP|USD, dilihat sebagai satu peluang untuk terus menjual.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!