banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar menjunam lebih 210 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5670 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.5510; selepas Pound dijual ekoran laporan inflasi negatif. Tambah memburukkan lagi keadaan adalah index harga pengeluar (PPI) yang juga lebih buruk dari jangkaan, iaitu 0.4% berbanding 0.8%.

Minggu lepas Gabenor Bank of England Mark Carney telah memberi amaran, bahawa inflasi boleh memasuki wilayah negatif – walaupun ianya sementara. Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, indeks harga pengguna (CPI) turun 0.1% di bawah sifar pada bulan April daripada setahun yang lalu, berbanding dengan kadar sifar pada bulan Februari dan Mac. Statistik berkata ini adalah kali pertama CPI telah jatuh sejak rekod rasmi bermula pada tahun 1996.

Kejatuhan kos sara hidup disambut baik oleh ramai, kerana ia bermakna kuasa membeli yang lebih kuat, selepas beberapa tahun mengalami kejatuhan. Tetapi bagi penyimpan ia bermakna “interest rate” akan kekal rendah, dan ia juga amaran bahawa inflasi negatif merupakan petanda kelemahan dalam pemulihan ekonomi Britain.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register