728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar melonjak lebih 105 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5335 sebelum menutup sekitar paras 1.5290; tetapi kenaikan adalah terhad disebabkan oleh jualan runcit UK yang lemah dan ucapan dari ahli majlis MPC Bank of England Ben Broadbent. Kerajaan British meletakkan harapan kepada pengguna domestik untuk berbelanja dan menjadi pemangkin aktiviti ekonomi, sekaligus membawa Britain keluar dari kemelesetan.

Di pasaran UK, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK berkata, jumlah jualan Oktober jatuh 0.6%, selepas kenaikan 1.7% pada bulan September, apabila jualan telah dibantu oleh Ragbi Piala Dunia. Kejatuhan bulanan untuk jualan kedai makanan adalah penurunan yang terbesar sejak Mei 2014. Jumlah jualan runcit meningkat 3.8% berbanding tahun lalu, berbanding dengan kenaikan tahunan 6.2% pada bulan September. Harga purata di kedai-kedai, termasuk stesen-stesen minyak, adalah 3.3% lebih rendah pada bulan Oktober berbanding tahun sebelumnya.

telegram-moshed

telegram-moshed

ONS berkata kedai serbaneka dan pakaian juga memberati pertumbuhan jualan runcit pada bulan lepas. Walau bagaimanapun, jumlah jualan dalam tempoh tiga bulan hingga Oktober berbanding tempoh tiga bulan sebelumnya – yang dilihat sebagai penunjuk yang lebih baik daripada trend asas – telah meningkat 0.9%.  Laporan jualan September lalu sebanyak 5.9% daripada jumlah jualan kedai, telah mencetuskan sokongan yang kuat untuk Pound dalam pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register