728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

Pound Dollar susut lebih 75 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4327 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah data menunjukkan bilangan penganggur di Britain semakin meningkat manakala pertumbuhan upah jatuh meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, Dollar mendapat sokongan belian setelah data jualan rumah AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Di pasaran UK semalam, indeks pendapatan purata dilaporkan meningkat sebanyak 1.8%, kurang sedikit daripada anggaran 2.3%. Tuntutan bantuan pengangguran untuk Mac pula bertambah sebanyak 6,700 berbanding ramalan pengurangan sebanyak 11,300 pemohon. Kadar pengangguran bagi bulan Februari datang pada 5.1%, tidak berubah dari bulan sebelumnya.

Angka terkini daripada Pejabat Statistik Kebangsaan UK menunjukkan sektor pekerjaan UK yang semakin lemah. Pengangguran meningkat di kedua-dua pendekatan yang digunakan oleh kerajaan – kaji selidik tenaga buruh yang digunakan di peringkat antarabangsa dan kiraan tuntutan pengangguran yang lebih fokus. Apa yang lebih buruk adalah pertumbuhan upah yang semakin rendah.

Pengurangan bonus pekerja – turun menjelang tahun lebih daripada 12% setahun – adalah sebab peningkatan tahunan dalam pendapatan purata menurun daripada 2.1% kepada 1.8%. Namun, tidak termasuk bonus sekalipun, masih tiada sebarang peningkatan dalam kadar pertumbuhan gaji dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada bulan Februari lalu. Ia kekal pada 2.2%, dan dengan inflasi yang mula naik, taraf hidup sekali lagi mula menurun.

Walaupun data pekerjaan UK yang lemah ini tidak boleh dipersalahkan dalam referendum ‘Brexit’, ia akhirnya akan memberi kesan pada bulan-bulan yang akan datang. Majikan jelas menjadi lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja pada akhir 2015 dan permulaan tahun 2016, dan mungkin menjadi lebih lagi sehingga referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register