728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar jatuh lebih 65 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5435 sebelum menutup sekitar paras 1.5445; setelah pasaran tidak menunjukkan tindak balas kepada komen Gabenor Carney semalam. Encik Carney kini ingin menjadi juara dalam perdebatan Brexit, yang belum memberi apa-apa isyarat buat masa ini.

Gabenor Bank of England itu akan menyatakan bagaimana keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah boleh menjejaskan keupayaan Bank Pusat England dalam mengurus ekonomi dan melindungi sektor perbankan UK dalam satu ucapan utama hari ini. Pada bulan lepas, Encik Carney berkata bahawa gambaran terhadap kadar UK akan menjadi lebih jelas pada akhir tahun ini; tetapi inflasi yang lemah dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global telah menyebabkan para pelabur menolak keluar risiko kenaikan kadar pertama BoE kepada suku terakhir 2016.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pada Jumaat lepas pula, pembuat dasar BoE Kristin Forbes berkata, kadar di Britain akan meningkat lebih awal daripada jangkaan pasaran.  Cik Forbes, yang dilihat sebagai aggresif dan seorang peguam bela untuk kenaikan kadar BoE, berkata Britain mempunyai pendedahan langsung yang terhad kepada masalah di negara-negara membangun, walaupun mengambil kira bagaimana mereka mungkin mengancam rakan dagangan utama seperti Jerman.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register