728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar melonjak naik lebih 110 pips pada sesi pagi Eropah Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.4970 pada petang New York, selepas jatuh ke paras terendah 1.4855 sebelum daripada itu. Dengan hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya umum UK, pungutan suara menunjukkan pertandingan sengit antara dua parti utama – Konservatif dan Buruh – dan ini bererti ‘volatiliti’ yang tinggi untuk pound.

Berikut adalah apa yang dikatakan oleh pemerhati pasaran, tentang apa yang mungkin berlaku jika Parti Buruh mendapat suara terbanyak:

telegram-moshed

Selepas penampilan pemimpin Parti Buruh Ed Miliband diterima dengan baik, peluang Buruh menang secara besar-besaran mungkin telah meningkat. Tetapi dalam perdebatan, kebanyakannya berkisar tentang parti berhaluan kiri yang mana satukah lebih serasi dengan Parti Buruh untuk membentuk kerajaan campuran.

Kebimbangan tentang “Brexit” – UK keluar dari Kesatuan Eropah – dilihat sebagai faktor utama dalam mempengaruhi turun naik Pound berbanding dengan pilihan raya itu sendiri. Kebimbangan tersebut lebih tertumpu kepada Parti Konservatif, yang telah menjanjikan satu referendum mengenai isu itu jika ia menang. Tiada parti yang dijangka menang majoriti dalam pilihan raya umum bulan depan, dan kerajaan campuran adalah lebih munasabah, menurut seorang penganalisis pelaburan di UBS bank.

“Nilai mata wang UK itu dijangka jatuh untuk mencerminkan risiko ketidaktentuan dasar lantaran di bawah pemerintahan minoriti,” kata nota yang ditulis oleh ahli ekonomi, Dean Turner dan Bill O’Neill, serta penganalisis Simon Bohn.  Hari ini majlis MPC Bank of England dijangka mengekalkan “interest rate” dengan undian 9/9 dan menyiarkan minit mesyuarat terbaru mereka.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register