728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, naik turun lebih 140 pips dalam masa 6 jam, dari paras terendah harian sekitar $1.4298 ke setinggi $1.4440, sebelum menutup sekitar paras $1.4320; setelah laporan jualan runcit UK yang mengecewakan. Dalam pada itu, kempen ‘kekal’ kembali mendapat kedudukan dalam pungutan suara sebelum referendum pada 23 Jun ini.

Pound dilaporkan terus menunjukkan daya tahan walaupun kepada berita ekonomi yang lemah, seperti kes tindak balas kepada data pekerjaan  UK yang mengecewakan baru-baru ini. Semalam pula data jualan runcit UK tidak disangka-sangka dilaporkan lemah. Ramalan median Bloomberg adalah kejatuhan kepada 0.1%. Sebaliknya, ia jatuh lebih besar sebanyak 1.3%, dan kejatuhan Februari telah disemak semula untuk menunjukkan penurunan yang lebih besar sedikit daripada laporan awal. Jualan runcit teras, tidak termasuk bahan api auto, ianya jatuh 1.6%, yang paling teruk sejak Januari 2014. Angka ramalan median adalah untuk penurunan 0.3% sahaja.

Secara berasingan, UK juga melaporkan £4.8 bilion defisit pada bulan Mac untuk menamatkan tahun fiskal 2014. Defisit keseluruhan adalah sebanyak £74 bilionn atau 3.9% daripada KDNK (GDP). Angka ini adalah di atas sasaran kerajaan, yang bermakna untuk mencapai objektif fiskal jangka sederhana, lebih banyak langkah-langkah yang perlu diambil.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari UK mahupun AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register