Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012Pound Dollar dilihat didagangkan dalam suasana pasaran yang berhati-hati, setinggi 1.5682 ke serendah 1.5605 selepas ketiadaan sebarang data ekonomi dan berita yang boleh mempengaruhi pasarannya.  OECD dalam satu laporannya, mengatakan UK telah melakukan yang terbaik dengan meningkatkan peruntukan pembangunannya kepada 0.72% dari “Gross National Income” walaupun dalam suasana bajet yang mencabar.  UK juga disaran untuk terus mengekalkan kadar tersebut untuk tahun-tahun yang mendatang.

Dollar yang sememangnya sedang mengukuh selepas Federal Reserve Amerika Syarikat dalam Mesyuarat FOMC Khamis lalu, menyatakan pemulihan ekonomi berjalan seperti yang dijangka dan bakal menaikkan “interest rate” seawal April 2015; terus mengekang kekuatan Pound untuk kembali beraksi setelah jatuh lebih 1500 mata dari paras tertinggi tahunan, sekitar 1.7190, pada Jun lalu.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK, dagangan dijangka “ranging” sehingga data berimpak tinggi “existing home sales” dari Amerika Syarikat yang dijangka mengurang dari 5.26 juta kepada 5.20 juta dilaporkan.

Anda sedang trade guna akaun demo biasa? Apa kata anda join Demo Contest dari One Financial Markets. Anda bakal memenangi sebuah Akaun Forex Real yang tidak MC, untung boleh withdraw – Info lanjut klik sini

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!