banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

Pound Dollar yang merudum lebih 95 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4245 kembali memacu naik lebih 150 pips pada petang New York, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4395 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Pound mendapat sokongan padu apabila Majlis Kesatuan Eropah mengekalkan keahlian Britain dalam EU.

Di Pasaran UK, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa beliau telah berjaya mendapatkan satus keahlian khas untuk UK kekal berada dalam Kesatuan Eropah dan akan membentangkan kepada Kabinet secepat mungkin. EU merupakan antara rakan dagang terbesar UK, yang mengekspot lebih 35% keluarannya kepada pelbagai negara Eropah, seperti Jerman, Itali, Sepanyol, Perancis, Belgium dan beberapa negara Eropah lain.

telegram-moshed

Pengekalan UK dalam Kesatuan Eropah juga bermakna, Euro-Zone terpaksa menggubal semula sistem kewangannya untuk lebih berdaya saing dan mengelakkan kemelut yang melanda sebelum ini, seperti hutang Greece dan hutang lapuk bank-bank Itali tidak berulang lagi.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK dan AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register