728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar menjunam lebih 100 pips ke paras terendah sekitar 1.5055 Rabu semalam, apabila semua ahli majlis MPC BoE, bersetuju “interest rate” perlu dikekalkan buat masa ini.  Sebelum ini terdapat 2 ahli majlis yang mengundi supaya “interest rate” dinaikkan.  Pada masa yang sama, kadar pengangguran mengurang kepada 5.8% berbanding 5.9% jangkaan dan 6.0% sebelumnya.

Jumlah pemohon bantuan pengangguran juga berkurang sebanyak 58 ribu kepada 1.91 juta iaitu yang terendah dalam tempoh lebih 6 tahun.  Walau bagaimanapun, pengurangan ini adalah yang terendah dalam 3 bulan – July, Ogos, Sept – sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang mula menguncup.  Keadaan ini yang konsisten dengan laporan GDP, yang juga menguncup kepada 2.6% berbanding  3.2% dalam laporan pada Oktober lalu; menunjukkan ekonomi UK yang sedang berkembang perlahan.

Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari UK, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran apabila data berimpak tinggi “unemployment claims” dari Amerika Syarikat dijangka mengurang dari 316 ribu kepada 300 ribu pemohon minggu lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register