728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

Pound Dollar membuka dengan ‘gap-down’ Isnin semalam, sebelum susut lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4365, kemudian menutup sekitar paras yang sama; setelah pasaran berada dalam dagangan tipis dan kembali menumpukan perhatian kepada isu ‘Brexit’ dan bajet yang dibentangkan oleh Chancellor Osborne minggu lepas.

Di pasaran UK, Ketua Pengarah Gabungan Industri British (CBI), Carolyn Fairbairn berkata bahawa “meninggalkan EU akan menyebabkan kejutan serius kepada ekonomi UK, dengan potensi kos sebanyak £100 juta dari GDP UK dan 950 ribu pekerjaan pada tahun 2020, serta kesan negatif yang boleh bertahan bertahun-tahun selepas itu.” Beliau membuat komen tersebut dalam satu ceramah di London Business School, sambil memetik satu analisis dari PwC.

Rakyat Britain akan mengundi pada 23 Jun ini, sama ada UK perlu keluar atau kekal dalam Kesatuan Eropah. Pihak yang menyokong untuk UK kekal dalam EU telah memberi tumpuan hujah-hujah mereka kepada kerosakan ‘Brexit’ ke atas ekonomi Britain. Analisis menunjukkan kos kepada ekonomi British adalah sebanyak £100 bilion – sekitar 5% daripada KDNK – pada tahun 2020.

telegram-moshed

KDNK setiap isi rumah pada 2020 boleh menjadi antara £2,100 ke £3,700 lebih rendah, dan kadar pengangguran di UK antara dua dan tiga peratus lebih tinggi, berbanding jika UK kekal berada dalam EU.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register