728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar melonjak lebih 160 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5700 setelah 10 jam berlegar-legar sekitar paras 1.5520/60 sebelum data jualan runcit UK dilaporkan. Bank of England minggu lalu berkata, pertumbuhan dalam jualan runcit pada suku pertama tahun ini adalah kukuh, tetapi adalah terlalu awal untuk mengetahui berapa banyak kenaikan lantaran kejatuhan harga minyak dan makanan.

Pound melonjak lebih 130 pips dalam masa 2 jam berbanding Dollar AS, selepas data menunjukkan jualan runcit British meningkat lebih kukuh daripada yang dijangkakan pada bulan April, pulih daripada kejatuhan mengejut pada bulan Mac. Jumlah jualan runcit meningkat 1.2%, peningkatan kukuh sejak November, sekaligus menjadikan pertumbuhan tahunan meningkat kepada 4.7%, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK.

telegram-moshed

Tambah Pejabat Statistik Kebangsaan UK lagi, walaupun jualan runcit meningkat sebanyak 1.2%, jumlah perbelanjaan runcit hanya meningkat sebanyak 1.1%, disebabkan oleh harga yang lebih rendah sedikit. Selepas penurunan jualan runcit pada Mac lalu, cuaca April yang lebih cerah dan panas menyumbang kepada peningkatan yang paling tinggi sejak November 2014.

Hari ini Gabenor Bank of England Mark Carney bakal berucap, dan malamnya pula Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi. CPI dijangka turun dari 0.2% kepada 0.1% dan CPI teras dijangka kekal pada 0.2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register