728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar susut untuk hari kedua, lebih 85 pips Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5480 sebelum menutup sekitar paras 1.5510; setelah para pelabur menolak kebelakang jangkaan mereka terhadap kenaikan kadar Federal Reserve AS.  Sterling mantap berbanding dolar, selepas mencapai paras dua minggu paling kukuh sejak pertengahan bulan Jun.

Di pasaran UK, data minggu lalu menunjukkan skim gaji British meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh enam tahun, menghidupkan harapan bahawa Bank of England akan mengetatkan dasar sekitar pertengahan tahun depan, walaupun inflasi jatuh kembali ke daerah sifar.

Komen dari Ketua Ekonomi Bank of England Andy Haldane, mengancam sokongan untuk Pound ketika pasaran sedang menuju cuti hujung minggu. Encik Haldane menggunakan sekeping set ucapan awal untuk mencadangkan bahawa, BoE tidak boleh menurunkan kadar kepada di bawah paras sifar, dalam usaha untuk menghindari deflasi yang mengancam ekonomi UK.

Encik Haldane mencadangkan bahawa hujah untuk meningkatkan kadar UK masih kekal dan menyatakan bahawa, “sekiranya risiko yang telah dibincangkan menjadi kenyataan, mungkin terdapat keperluan untuk melonggarkan dan bukannya mengetatkan kewangan.   Ianya sebagai langkah berikutnya untuk menyokong pertumbuhan UK dan kembali kepada sasaran inflasi.”

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register