banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013Pound Dollar yang menokok lebih 40 mata seawal sesi Asia, ke paras tertinggi harian 1.5665, menyusut semula hampir 90 mata, sekitar 1.5575, pada sesi penutupan New York Isnin semalam.  Dollar terus mendapat permintaan walaupun data “existing home sales” Amerika Syarikat keluar meleset dari jangkaan kerana pasaran secara umum menjangka kenaikan “interest rate” pada April 2015.  Ditambah pula dengan laporan “GDP” United Kingdom yang dijangka menguncup hari ini.

6 bulan pertama tahun ini, pasaran menjangkakan Bank of England bakal menaikkan “interest rate” nya lebih awal dari Federal Reserve Amerika Syarikat.  Namun atas faktor inflasi yang menyusut dan yang lebih penting lagi, gaji pekerja yang yang masih belum meningkat; “interest rate” UK dikekalkan bagi menjana ekonomi seterusnya, walaupun 2 dari 9 ahli majlis MPC menyokong kenaikan segera.

Hari ini, GDP tahunan UK dijangka menguncup dari 3.2% kepada 3.0% dan GDP suku ketiga 2014, juga dijangka menguncup dari 0.9% kepada 0.8% menyebabkan para pedagang mula menjual Pound seawal sesi petang dagangan New York Isnin semalam.  Pada masa yang sama, 4 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat yang rata-ratanya dijangka lebih baik – “Durable goods order” dijangka meningkat dari 0.4% kepada 3.1%, “personal income & outlays” dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.5%, “new home sales” dijangka meningkat dari 458 ribu kepada 460 ribu dan GDP dijangka meningkat dari 3.9% kepada 4.3% – Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran.

telegram-moshed

Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register