GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

0 0

Pound Dollar merudum lebih 200 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4190, sebelum menutup sekitar paras $1.4206; setelah keseluruhan data ekonomi UK dilaporkan lemah semalam. Dalam pada itu, serangan letupan bom di Belgium dilihat sebagai penguat hujah untuk UK keluar dari EU.

Di pasaran UK semalam, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK melaporkan bahawa inflasi kekal pada 0.3%, iaitu 0.1% dibawah jangkaan pasaran. Menurut ONS inflasi kekal stabil apabila kejatuhan harga kereta terpakai telah diimbangkan oleh kenaikan harga makanan. ONS berkata kos kereta terpakai jatuh 5.6% pada bulan Februari, manakala motosikal dan basikal juga menurun 3.6% pada tempoh yang sama.

Harga makanan pula telah menurun sebanyak 2.4% berbanding Februari 2015, tetapi kejatuhan ini adalah lebih kecil daripada penurunan tahunan sebanyak 2.8% yang dilihat pada Januari 2016. Walaupun inflasi meningkat sebanyak 0.3%, ianya masih rendah dalam sejarah; dengan Bank of England meramalkan ianya akan berada jauh di bawah sasaran kerajaan untuk beberapa waktu.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa