Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar memacu naik lebih 260 pips, sepanjang sesi dagangan Eropah Jumaat lalu, hingga mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.4990; setelah para pelabur mula menjual lebihan Dollar, terkesan dari kenyataan minit mensyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat, yang menjangka GDP dan kadar kenaikan “interest rate” yang lebih rendah.  Jangkaan GDP dikurangkan dari 2.6% kepada 2.1% dan “interest rate” pula dari 1.125% kepada 0.625%

Ketua Penganalisa Ekonomi Bank of England, Andy Haldane, dalam satu kenyataan peribadi minggu lalu, memberi komen bahawa berkemungkinan BoE terpaksa menurunkan “interest rate” kepada kadar yang lebih rendah, ekoran inflasi yang masih terlalu rendah.  Bacaan terakhir adalah pada 0.3%, yang terendah sejak 1960.  Walau bagaimanapun, ketika ini semua 9 ahli majlis MPC Bank of England mengundi untuk mengekalkan “interest rate”.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom, Dollar dilihat berpotensi untuk menguasai semula pasaran, terutamanya dengan data “existing home sales” yang dijangka bertambah dari 4.82 juta kepada 4.9 juta.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!