728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

Pound Dollar merudum lebih 120 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4485 sebelum menutup sekitar paras $1.4497; setelah pasaran mengambil untung belian apabila kadar tukaran GBP/USD mencecah paras 1.46 terkesan dari pungutan suara Brexit yang menunjukkan kempen ‘kekal’ telah mendahului dan beberapa laporan ekonomi yang bertambah baik.

Sterling menghadapi sentimen yang lemah apabila salah seorang pembuat dasar Bank England yang terkenal pesimis, Gertjan Vlieghe mengatakan bahawa Bank of England (BoE) perlu melancarkan lebih banyak ransangan ekonomi sekiranya pertumbuhan ekonomi gagal pulih seperti yang dijangkakan selepas undian referendum ‘Brexit’ pada Jun depan.  Namun begitu, seoang lagi pembuat dasar, Kristin Forbes pula berkata bahawa BoE tiada bukti yang menunjukkan kelemahan ekonomi adalah berpunca dari krisis ‘Brexit’.

Sebelum daripada itu, Pound telah memacu naik pada awal minggu lepas apabila pungutan suaran daripada MoriPoll mendapati 55% daripada yang dibanci mahukan UK kekal dalam Kesatuan Eropah dan hanya 37% sahaja yang mahu UK keluar.  Kemudian daripada itu, pungutan suara daripada ComRes pula memberikan kempen ‘kekal’ 11 mata didepan kempen ‘keluar’, sekaligus menunjukkan rakyat Britain yang mahukan UK kekal dalam EU.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, pergerakan harga minyak telah dilaporkan menurun ditengah-tengah harga tenaga dan bahan api yang bertambah baik.  Keadaan ini dan Sterling yang lemah telah membantu menstabilkan pasaran bon AS yang berkemungkinan menghadapi satu lagi kenaikan kadar pada Jun depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register